BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 18, 2009

Best Juga Rasanya

Seperti biasa, apabila cuti sekolah menjengah, kelam kabut setiap ibu bapa hendak membawa anak-anak pergi bercuti. Bagi aku, bukan cuti sekolah lagi, ini merupakan cuti yang paling panjang dalam hidupku. Masakan tidak, tamatnya spm sampai hari pertama kolej pada tahun hadapan. Apa rancangan aku selepas ini? Soalan lazim yang diajukan terhadap aku, biarkan yang muda, yang sebaya, bahkan ada juga veteran yang aku jumpa di majlis-majlis perkahwinan yang aku hadiri beberapa hari lalu.

"Whats next?"

"No idea"


Itulah kerap kali jawapan yang aku berikan.

Ayahku ada juga cakap hendak memasukkan aku ke kolej bulan Februari ini.
Apa orang panggil? First intake eh? Haaa. Memang aku tak nak. Aku rasa baru sekejap habis spm, dah masuk kolej. Aku fikir biar la enjoy dulu, tunggu Second Intake lah.
Apabila difikirkan kembali, aku sudah mula bosan. Tak buat apa-apa dah sekarang.
Apakah aku patut 'consider' cadangan ayahku?

Kalau tak masuk kolej, adakah patut aku kerja?
Nak kerja di mana? Macam best je, dapat duit. Siapa tak suka?
Tapi, adakah aku komited ketika ini?
Kadang-kadang serabut juga duduk di rumah.
Bangun, makan, tengok tv, tidur, fesbook.
Itu je la kerja aku yang dah agak-agak seminggu lebih ni.



Akhirnya, ibu ku mencadangkan untuk pergi bercuti pada hari isnin ini.
Ahhh, at last. Aku keluar juga dari terperuk jeee.
Yang pasti, kami mengikut saranan kerajaan, Cuti Cuti 1Malaysia. Yeah, itu dia.
Tetapi kan, patutkah aku memakai tudung, paling tidak memakai selendang apabila aku ke sana?

Macam ni barangkali?

Comel juga kalau aku begitu. Wahaha jangan puji diri sendiri.
Kalau ada antara anda terdengar aku puji diri sendiri, janganlah anda ingat aku serius, padahal memain je.

Kalau dah bosan, macam ni la jadinya.


1 comments:

sharinna. said...

awak ni bengong -.-